Social Icons

Featured Posts

TERKINI, 50,000 KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL DIBERHENTIKAN




Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.


Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.


Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?


"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.


Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.


Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.


"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.


Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.


"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. Sumber:MalaysiaGazette
 

Kemarau Bakal Melanda Thailand

SEBUAH sungai di daerah Tron, Uttaradit yang semakin kering.
 
Uttaradit: Fenomena kemarau kini melanda kebanyakan kawasan utara Thailand dan kejadian itu berlaku lebih awal daripada jangkaan.

Keadaan itu juga menambah kebimbangan jika ia akan menyebabkan kekurangan bekalan air paling buruk berbanding tahun lalu.

Ketua kampung, Praphan Upata berkata, ada kemungkinan kemarau kali ini adalah terburuk sejak beberapa dekad.

“Biasanya musim kemarau berlaku antara November hingga April tetapi kekurangan air hanya terjadi pada Mac.

“Namun beberapa kawasan di sini sudah mula kering,” katanya.

Masalah itu juga, kata Praphan, menyebabkan petani tidak dapat menjalankan aktiviti sepatutnya sekali gus menjejaskan sumber pendapatan harian.

Penduduk Uttaradit, Jamlong Jairak berkata, pili di rumahnya tidak lagi mengeluarkan air sejak dua bulan lalu.

“Saya terpaksa berbelanja lebih untuk keperluan itu dan ia tidak termasuk kos membeli air minuman,” katanya.

Di wilayah Phichit pula, tanaman padi berisiko musnah - juga kerana ketiadaan bekalan air mencukupi. - Agensi

Seorang Ibu Cuba Makan Anak Sendiri


Guangdong:
Seorang bayi yang baru dilahirkan dilapor cuba dimakan oleh ibunya di sebuah hospital di sini, kelmarin.

Tindakan pantas jururawat, Liu Tianlun, yang melihat perbuatan wanita itu berjaya menyelamatkan bayi berkenaan.

Jururawat terbabit yang membuat pemeriksaan biasa ketika itu menjerit apabila melihat wanita berkenaan, Li Zhenghua, 24, menggigit tangan anaknya.

Dia cuba membebaskan bayi itu tetapi Li melawan dan enggan melepaskannya.

Doktor akhirnya terpaksa menyuntik wanita terbabit dengan ubat penenang untuk menyelamatkan bayi baru lahir berkenaan daripada terus digigit ibunya.-AFP


Anak Lembu Berwajah Manusia

 
MUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
 
Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi

Gempaq!!! Cincin Tersangkut Di Kemaluan


Kota Bharu: Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa menanggung azab lebih empat jam apabila cincin besi yang diletakkan pada alat sulitnya gagal ditanggalkan di rumahnya di Dewan Beta di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuam Zainab II (HRPZ) di sini, untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

Hanya dengan bantuan Bomba dan Penyelamat cincin berkenaan berjaya dikeluarkan daripada kemaluan mangsa kira-kira jam 8.15 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada HRPZ II kira-kira jam 7.30 pagi sebelum empat anggota diketuai pegawai Shahrulhizam Ariffin dikerah ke lokasi.

"Anggota tiba kira-kira jam 7.45 pagi dan terus dibawa ke bilik pembedahan bagi membantu sekumpulan doktor mengeluarkan cincin yang terlekat pada alat sulit mangsa.

"Proses mengeluarkan cincin itu mengambil masa antara setengah jam ke sejam dan anggota menggunakan kepakaran yang kami ada untuk memotong cincin itu, katanya.

Lawak..Kisah Suami Yang Kantoi & Isteri Yang Sengal



Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sbnr nyr dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2........

Suami : Nape ni yang?Isteri : Sudahlah bang..lepaskan saje saya ni!! 

Suami : Eh..nape awak ckp camtu lak??

Isteri : Saya tahu..awak ade jumpe pompuan laen kan?

Suami : Eh...apa awak ckp ni?? (terkejut sbb bini mcm dah tau perkara sebenar)

Isteri : Sudahla bang..sume nye da tebukti...ade pompuan yg jwb tepon mase sy call awak...dah byk kali..

Suami : Eerr..aaa...ba..baik la..abg mengaku..abg ade pompuan len..tp..ape yg pompuan tu ckp kt awak?

Isteri : Huh..nyampah...mentang2 sy x tau bahase omputeh...tp sy ade hafal ape yg dier ckp..

Suami : Dier ckp ape?

Isteri : Dier ckp.."The number u have call..cannot be reached at this momment..please try again"......asal sy tepon je..dier ckp camtu...da x reti ckp mende len agaknyer..pompuan camtu pon awak nak?

Suami : .......(dlm hati) alamak...nyesal pula ngaku tadi...

Dua pengasuh kejam - Baby Shaking Syndrom

 
 
Ipoh: Seorang bayi berusia dua bulan koma sejak seminggu lalu selepas mengalami pendarahan dalam otak yang serius, dipercayai akibat didera pengasuhnya.

Bayi lelaki malang itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, jam 11 malam 25 Februari lalu, selepas dibawa oleh ibu bapanya kerana tidak sedarkan diri.


Menurut sumber, sebaik dihantar ke hospital oleh ibu bapanya yang menetap di Persiaran Meteor, di sini, pakar perubatan melakukan CT Scan terhadap bayi terbabit dan mengesan pendarahan dalam otak. Mangsa turut mengalami sawan yang teruk.

“Doktor pakar neurologi kanak-kanak yang menjalankan pemeriksaan mendapati ada pendarahan dalam otak bayi berkenaan dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat doktor berkenaan, mangsa mengalami ‘baby shaking syndrom’ akibat goncangan kuat hingga menyebabkan pendarahan di selaput otak di antara otak kiri dan kanan,” katanya.